Welcome Guest Login or Signup
MAP | LIVE CHAT | INSTANT MESSENGER | BOOKMARK
 

DIG NEWS
Main Page | Submit New Content | Top Activities | My Contents
0

NIK AZIZ SARAN BUBAR UMNO DAN PAS DAN TUBUH PARTI BARU BERLANDAS ISLAM

User Article   113 Views   By kentut8888 on Jul 28 2008, 12:40 am

MACHANG (Kelantan): Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengesyorkan supaya diwujudkan sebuah parti baru yang menggabungkan semua orang Melayu supaya parti berkenaan boleh diterima ahli Umno dan PAS.

Bagaimanapun, penubuhan parti baru itu hendaklah berasaskan kepada syarat yang parti berkenaan hendaklah berlandaskan Islam.

 

'Bubar Umno dan PAS, kita buat parti lain yang boleh diterima belaka (semua orang Melayu) tetapi syarat dasarnya hendaklah Islam.

 

'Kalau Islam tidak boleh diterima, beritahu tak kena di mana Islam.

'Kalau dia (Umno) boleh cakap Islam tak betul, saya pun tak mahu Islam, tapi kalau Islam betul, saya nak tinggal Islam tak boleh,' katanya kelmarin.

 

Sementara itu, keretakan mula kelihatan dalam Pakatan Rakyat dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) semalam menggesa keanggotaan PAS dalam pakatan parti pembangkang itu disemak semula.

 

Pengerusi DAP, Encik Karpal Singh, berkata:

'Selepas pilihan raya umum pada 8 Mac lalu, PAS telah mengadakan rundingan dengan Umno untuk membentuk sebuah kerajaan pakatan di Selangor.

'Ini satu tindakan yang tidak jujur memandangkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak dimaklumkan mengenai tindakan itu oleh PAS.'

 

Encik Karpal turut membidas rancangan PAS untuk mengadakan satu lagi rundingan dengan Umno 'atas nama perpaduan Melayu'.

 

Menurutnya, ini merupakan satu tindakan berbaur perkauman yang tidak selari dengan dasar DAP dan Pakatan Rakyat.

 

'Daripada berusaha memperkenalkan dasar tidak perkauman untuk menyatukan semua rakyat Malaysia, PAS telah memilih untuk menyatukan semua Melayu.

 

'Pakatan Rakyat ditubuhkan untuk menyatukan semua rakyat Malaysia. Itu yang diharapkan oleh rakyat,' tegas Encik Karpal. -- Bernama, BMM.

Member Comments