Welcome Guest Login or Signup
MAP | LIVE CHAT | INSTANT MESSENGER | BOOKMARK
 

DIG NEWS
Main Page | Submit New Content | Top Activities | My Contents
0

TINDAKAN MANTAN MB UNTUK BAWA KE MAHKAMAH TIDAK KENA

User Article   94 Views   By kentut8888 on Jul 28 2008, 12:30 am

KUALA TERENGGANU: Tindakan mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, untuk mengambil tindakan undangundang terhadap pihak yang membuat kenyataan mengenai isu kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakannya sepanjang berkhidmat dengan kerajaan negeri, disifatkan tidak kena.

 

Setiausaha Politik Menteri Besar, Encik Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, berkata isu kos penyelenggaraan kereta yang tinggi dibangkitkan bukan bertujuan menjatuhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih itu tetapi sekadar contoh berhubung isu pembelian kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor.

 

'Dalam hal ini, kenyataan Pegawai Khas mantan Menteri Besar, Kamarulazman Idris, untuk membawa perkara ini ke mahkamah tidak berapa kena.

 

'Hal ini bukan berkenaan Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar sekarang, bahkan ia isu penggunaan kereta nasional dan pembelian Mercedes-Benz itu.

'Kalau kita kata tak boleh kaitkan Datuk Seri Idris dalam hal ini tak boleh juga, kerana kita memberi contoh bermula 2004 hingga 2008, ketika zaman pemerintahan beliau, berikutan sebelum itu kerajaan negeri diterajui parti pembangkang.

 

'Ia sebenarnya hanya berkaitan angka yang dikeluarkan yang dijadikan contoh,' katanya.

 

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Ahmad Said semalam berkata anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu akan menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi buat sementara waktu sehingga Badan Pencegah Rasuah (BPR) selesai menjalankan siasatan terhadap kereta Proton Perdana V6 Executive.

 

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menegaskan kesemua 14 buah kereta Mercedes itu hanya akan digunakan untuk membawa tetamu-tetamu kerajaan negeri. -- BMM, Bernama.

Member Comments