Welcome Guest Login or Signup
MAP | LIVE CHAT | INSTANT MESSENGER | BOOKMARK
 

DIG NEWS
Main Page | Submit New Content | Top Activities | My Contents
0

FASHA SANDHA MINTA MAAF KEPADA WARTAWAN

User Article   158 Views   By kentut8888 on Jul 25 2008, 9:31 pm

PETALING JAYA: Pelakon popular Fasha Sandha kelmarin meminta maaf selepas didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang wartawan dan lantas diboikot pihak media.

 

'Saya minta maaf jika ada melakukan kesalahan kepada wartawan berkenaan. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Mungkin saya melakukan kesalahan tanpa disedari. Saya sudah minta maaf dan kini terpulanglah pada orang untuk memaafkan atau tidak.

 

'Saya yakin penjelasan yang saya berikan kepada pihak media petang ini (kelmarin) sudah pun menjernihkan keadaan,' katanya.

 

Sekalipun diasak pelbagai soalan berhubung perkara itu, Fasha tetap nampak tenang sambil berusaha mempertahankan dirinya.

 

Malah, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan mengakui beliau tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada mana-mana wartawan seumur hidupnya.

 

'Saya pernah memarahi dan menegur wartawan akhbar mingguan hanya sekali. Itupun kerana dia menulis perkara yang tidak benar mengenai saya. Wartawan itu juga sudah minta maaf kepada saya sebelum ini,' katanya.

 

Ketika ditanya mengenai kata-kata mencarut yang dikeluarkannya kepada editor hiburan sebuah akhbar mingguan pula, Fasha menafikannya sama sekali.

 

'Saya tidak pernah keluarkan kata-kata kesat seperti sial dan memaki-hamun seperti itu kepada wartawan. Sebagai manusia biasa, saya juga mempunyai hati dan perasaan. Saya jarang berasa marah kepada wartawan. Kalau marah pun saya hanya tegur mereka saja,' katanya.

 

Beliau menganggap apa yang berlaku itu sebahagian dugaan dalam hidupnya sebagai anak seni.

 

'Saya sangat optimis dan positif dalam hidup. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan hati yang cekal dan dilahirkan menjadi diri saya. Sudah banyak dugaan yang saya hadapi sebelum ini dan kenapa saya tidak boleh berhadapan dengan dugaan ini pula ?' katanya. -- Harian Metro.

Member Comments